Majlis Sukan Negara
“Majlis Sukan Negara Malaysia” ditubuhkan
dengan kuasa untuk memperoleh dan memegang harta alih atau harta tak alih, dan
bagi melupuskannya atau selainnya membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.
Majlis Sukan Negara : Sejarah
Majlis
Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan
Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah
dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri
Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat
awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah
kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama
Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan
Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan
dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan
negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang
perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi
yang terbaik.
Selepas
organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah
dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat
dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah
selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah
penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di
peringkat tertinggi.
No comments:
Post a Comment