Dato Lee Zhong Wei
Nama : TIEW FEILIX
Kelas : PPSIMP SEM 2 PJ B
Pada
pendapat saya, Dato Lee masih boleh dikekalkan dalam olimpik 2016. Ramai yang maklum Olimpik London 2012 adalah olimpik
terakhir bagi datuk Lee Chong Wei. Namun, pada 8 August Beliau mengumumkan tidak
jadi bersara dan akan mengikuti olimpik 2016 di Rio De Janeiro,Brazil.
Pertamanya , Dato Lee perlu dikekalkan kerana
Persatuan Badminton Negara (BAM) seolah gagal menyusun program berkesan untuk menyediakan barisan pelapis. Sedar
atau tidak sejak 5-6 tahun lepas Negara kita telah dilanda kemarau pemain
pelapis untuk diketengahkan. Tiada pemain yang boleh dianggap world beaters selain Lee Chong Wei. Oleh itu,
Dato Lee terpaksalah terusnya berkhidmat dan bersumbang kepada Negara kita
sebelum pemain pelapis dapat dilahirkan.
Keduanya,
itu juga merupakan satu lagi peluang kepada Dato Lee untuk mencapai idaman
beliau mencapai rekod baru dan sejarah Malaysia.
Namun itu
semua bergantung kepada keadaan fizikal beliau pada 4 tahun akan datang iaitu
tidak mengalami kecederaan tetapi semuanya bergantung dengan kecerdasan dan
tahap pemulihan beliau kerana beliau baru sahaja baik dr kecederaan.
No comments:
Post a Comment