Sunday, 20 January 2013

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia


Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia. Menteri bagi kementerian tersebut adalah Dato Seri Shabery Chek.
Sejarah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepadaKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
Misi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-
·         Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
·         Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
Objektif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
Objektif KBS ialah: 
1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Strategi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
1.    Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
2.    Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
3.    Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
4.    Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


No comments:

Post a Comment