Nama : TIEW FEILIX
Class : PPISMP SEM 2 PJ B
Ini merupkan tugasan rumusan mencari maklumat tentang Industri Sukan Di Malayisa .
(Minggu Ketiga 14/1/13- 18/1/13)
Industri Sukan Di
Malaysia - Sukan mampu jadi penggerak
ekonomi
EKSPO Industri Sukan Malaysia 2012 (MSEI)
selama tiga hari bermula 4 Mei ini dilihat sebagai penggerak kepada anjakan
paradigma dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek berkata, bidang sukan tidak boleh lagi dilihat dari segi taruhan
pingat atau rekreasi semata-mata, sebaliknya bertindak sebagai penggerak utama
ekonomi negara"Dalam masa tiga ke empat tahun dari sekarang, masyarakat
khususnya golongan belia diharap akan mula melihat sukan sebagai peluang
perniagaan.
"MSEI tahun ini, yang pertama kali
dianjurkan Majlis Belia Malaysia akan menjadi titik tolak kepada perubahan itu,"
katanya ketika berucap pada pra-pelancaran MSEI di ibu negara semalam.Beliau
berkata, sukan telah menyumbangkan hasil lebih RM30 bilion kepada negara tahun
lepas, sekali gus membuktikan potensi bidang itu dalam menjana pendapatan.
"Rebutlah peluang ini, khususnya kepada
para belia. Jika bukan sebagai atlet, banyak peluang pekerjaan dan perniagaan
yang boleh diceburi dalam industri ini (sukan)," katanya.Sementara itu,
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata
badan itu menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung ke ekspo berkenaan
yang bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, MSEI 2012 yang dianjurkan
sempena tahun industri sukan tahun ini, akan menjadi acara terbesar tahunan
yang memberi manfaat kepada semua pihak.
"Dalam masa yang sama, ia meningkatkan
tahap industri sukan negara ini setanding dengan negara-negara maju yang
lain," katanya.Mohamed Maliki berkata, pelbagai aktiviti menarik akan
diadakan pada ekspo itu termasuk himpunan selebriti sukan, sukan lasak dan
klinik sukan.MSEI juga membuka peluang khususnya kepada golongan belia dan
syarikat swasta untuk memasarkan produk serta perkhidmatan berkaitan sukan
kepada orang ramai.
Syarikat-syarikat
swasta yang ingin mengambil bahagian dalam MSIE 2012 boleh menghubungi
Sekretariat MSIE 2012 di talian 012-6711286 atau melayari laman web MBM www.belia.org.my atau laman sosial www.facebook.com/malaysiasportsindustry.
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz2I9gWVZvW
No comments:
Post a Comment