Majlis
Olimpik Malaysia
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupkan badan sukan yang mempunyai kuasa eksklusif untuk mewakili
negara Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik. Presiden MOM sekarang ialah Putera Tunku
Imran ibni Tuanku Ja’afar.
Majlis ini ditubuhkan pada 1953 sebagai satu pertubuhan kebangsaan bukan
kerajaan dan bukan berkeuntungan, dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa pada tahun berikutnya.
Objektif Majlis
Olimpik Malaysia
Ø Membangun dan melindungi aktiviti sukan dan
memperkenalkan prinsip-prinsip sukan melalui aktiviti sukan dan pendidikan.
Ø Menjadi sebuah agensi yang bebas sepenuhnya
dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik,agama mahupun ekonomi
Ø Untuk menganjurkan sukan seperti sukan
olimpik,sukan sea,sukan asia dan sukan komanwel
Ø Bertindak menyelaras semua organisasi badan
sukan yang terdapat di Malaysia.
Ø Memajukan dan menggalakkan pembangunan
prestasi sukan yang tinggi di Malaysia.
Ø Menjalinkan hubungan dengan badan-badan
Olimpik negara lain.
Pentadbiran Majlis
Olimpik Malaysia
ü 12 pegawai yang
dipilih dalam perhimpuan agung terdiri daripada :
Ø Presiden
Ø Timbalan Presiden
Ø 5 Naib Presiden(
salah seorang mesti wanita)
Ø Setiausaha
kehormat
Ø 2 Penolong
Setiausaha(salah seorang mestilah wanita)
Ø Bendahari kehormat
Ø Penolong Bendahari
kehormat
ü 3 barisan struktur MOM
Ø Barisan atas yang mempunyai kuasa
tertinggi mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan.
Ø Mesyuarat antara ahli MOM yang punyai
hak bersuara ke atas pengurusan MOM. 3 bulan sekali. Keputusan akan dibuat
mengikut persetujuan ramai.
Ø Lembaga eksukutif
Ø ( Yang terdiri daripada pemegang
jawatan yang dipilih, pengarah bagi Akademi Olimpik Kebangsaan dan wakil
daripada KBS, MSN, ISN dan MSSN.)
No comments:
Post a Comment