(1) Majlis
hendaklah terdiri daripada ahli yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3).
(2) Menteri hendaklah menjadi Pengerusi Majlis.
(3) Ahli Majlis yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri
dan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan
Wilayah Persekutuan dan oleh setiap
satu Majlis Sukan Negeri;
(b) tiga orang wakil yang dinamakan oleh Majlis Olimpik
Malaysia;
(c) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia;
(d) tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih
daripada sepuluh orang ahli yang dilantik daripada kalangan orang yang pada
pendapat Menteri boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan
sukan
(e) tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang ahli
yang dilantik daripada kalangan Kementerian yang difikirkan oleh Menteri perlu
diwakili.
No comments:
Post a Comment