PEMILIHAN SUKAN UNTUK DIJADIKAN TUMPUAN DALAM USAHA
MEMPERTINGKATKAN PRESTASI ATLET MALAYSIA TELAH DILAKUKAN MENERUSI PERWUJUDAN
PROGRAM SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI. PADA PERINGKAT AWAL SEBANYAK LAPAN (8)
JENIS SUKAN IAITU AKUATIK, OLAHRAGA, BADMINTON, BOLING, GIMNASTIK, HOKI, SKUASY
DAN BOLASEPAK TELAH DIPILIH UNTUK DIMAJUKAN PADA FASA PERTAMA PERLAKSANAAN
PROGRAM INI. JUMLAH SUKAN INI KEMUDIANNYA DITAMBAH MENJADIKAN KESELURUHANNYA 19
JENIS SUKAN. KEPUTUSAN INI TELAH DIBUAT OLEH JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN
SUKAN.
NAMUN DEMIKIAN,
DARIPADA 19 JENIS SUKAN TERSEBUT, HANYA TERDAPAT SEBILANGAN KECIL SUKAN YANG
TELAH TERBUKTI CEMERLANG DAN BERKEMUNGKINAN BESAR UNTUK BERJAYA DI SUKAN
OLIMPIK. MANAKALA SELEBIHNYA ADALAH LEBIH SESUAI ATAUPUN LEBIH BERPOTENSI UNTUK
SUKAN ASIA DAN SUKAN KOMANWEL. BAKINYA ADALAH UNTUK TEMASYA SUKAN SEA SAHAJA.
SECARA
RINGKASNYA TELAH SAYA NYATAKAN SEBENTAR TADI JENIS-JENIS SUKAN YANG TELAH
MENUNJUKKAN KEJAYAAN DI SETIAP SUKAN TEMASYA YANG DISERTAI OLEH ATLET-ATLET
NEGARA KITA SEJAK DARI TAHUN 1950.
WALAUPUN SUKAN TERAS
PRESTASI TINGGI BARU DILAKSANAKAN MULAI PADA PENGHUJUNG TAHUN 2004 TETAPI TIDAK
SALAH KALAU KAJIAN SEMULA DILAKUKAN SUPAYA PROGRAM INI DAPAT DILAKSANAKAN
DENGAN CARA LEBIH BERKESAN. PENILAIAN INI SUDAH TENTU MEMBOLEHKAN PENJIMATAN
KOS DAPAT DIBUAT DAN YANG LEBIH PENTING LEBIH RAMAI LAGI ATLET-ATLET MUDA DARI
SUKAN-SUKAN YANG DIPILIH BERJAYA DIKENALPASTI DARI SELURUH NEGARA.
No comments:
Post a Comment