Permainan Tradisional- Pengenalan
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia
mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.
Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan
itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga
hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
Permainan sepak raga telah sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak
raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh
orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di
seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini
dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan
tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa
kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan
ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji
buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah
tujuh.
Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan
oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan
ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang
permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
Xiangqi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga
yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya
digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal
abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik
pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam
catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
Yo-yo cina ialah permainan dari China
yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang
panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua
batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi
yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina
tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai
untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
Kho-kho
'Kho-kho' merupakan satu
permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang
berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain
akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho,
setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan
bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini.
Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang
terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan
yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan
akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh
pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir
apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan
"foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya
ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar
dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho".
Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah
seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan
'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Asal-usul
catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang
bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan
tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau
malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram
Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk
empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.

CONGKAK
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang
digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti
papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji
congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
"rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm
dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti
merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat
dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat
congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang
pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula
dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di
dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung
yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak
lawan mengaku kalah.
MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.

KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk
dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan
Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah
permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh,
Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British
untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera
askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang
mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x
10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi
pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit,
dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan
akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk
menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada
pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.
Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain
pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk
menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika
penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan
padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah
tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.
Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor
dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan
tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan
menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini
terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua
pembantu penjaring.
No comments:
Post a Comment