Majlis Sukan Negara - Kebajikan Atlet
Bermula pada
Februari 2009, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan atlet semasa dan bekas
atlet telah diserahkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Walau
bagaimanapun, Skim Kebajikan yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara masih
diteruskan dalam skala yang lebih kecil dan bergantung kepada kes-kes tertentu
sahaja.
Antara skim yang ada
adalah Skim Kehilangan Pendapatan, Skim Bantuan Bencana, Skim Bantuan Perubatan
dan Khairat Kematian.
Pada tahun 2010 juga
menyaksikan perlaksanaan satu program baru iaitu program ”Giveaway”. Program
tersebut bertujuan memberi peluang kepada atlet untuk menghulurkan sumbangan
kepada anggota masyarakat yang memerlukan bagi menyara kehidupan harian mereka.
Selain daripada itu program ini juga bertujuan untuk menanamkan sikap simpati,
rendah diri dan pemurah di kalangan atlet kebangsaan yang sedikit sebanyak
membantu
mereka menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan.
Di samping itu, kelas
pembangunan kendiri juga diadakan bagi mendedahkan atlet-atlet dengan kemahiran-kemahiran
asas dalam kehidupan seperti :-
-
Interpersonal Skills
-
Keterampilan Diri
-
Table Manners & Etiquette
-
Time Management
-
Travel Planning
-
Keeping Track
-
Character Development
Satu lagi usaha yang
dijalankan sebagai satu langkah menyediakan atlet menghadapi zaman persaraan
adalah dengan membantu mereka untuk menyertai Kursus Sains Sukan anjuran
Cawangan Kejurulatihan. Bengkel-bengkel ’hands-on’ seperti Keterampilan Diri,
Apllied Self Mastery, Alternatif Terapi juga dianjurkan untuk pembangunan
kendiri para atlet elit dan pelapis kebangsaan.
Insurans
Skim Insurans :
Kemalangan Diri Berkelompok (MCIS Zurich Insurance Berhad)
Berkuatkuasa : 26 Mei
2011 hingga 25 Mei 2012.
A. Atlet Normal
·
Perlindungan kemalangan untuk 300 orang atlet/ jurulatih/ pegawai dan
staff yang bertugas (berada di bawah program MSN) yang berumur di antara 15
hingga 75 tahun.
Kadar Maksimum Perlindungan
|
|
Kematian / Kecacatan Kekal
|
RM100,000.00
|
Bil. Perubatan
|
RM3,000.00
|
Kecacatan Sementara
|
RM200.00
|
Pengkebumian
|
RM2,000.00
|
Caj Ambulans
|
RM500.00
|
Belanja Rapatriasi
|
RM3,000.00
|
·
Perlindungan kemalangan untuk 50 orang kanak-kanak (atlet) di bawah
program MSN yang berumur di antara 7 hingga 14 tahun.
Kadar Maksimum Perlindungan
|
|
Kematian / Kecacatan Kekal
|
RM50,000.00
|
Bil. Perubatan
|
RM2,000.00
|
Pengkebumian
|
RM2,000.00
|
B. Atlet
paralimpik
·
Perlindungan kemalangan untuk 200 orang ‘unnamed’ atlet paralimpik yang berada
di bawah program MSN yang berumur di antara 18 hingga 65 tahun.
Kadar Maksimum Perlindungan
|
|
Kematian / Kecacatan Kekal
|
RM75,000.00
|
Bil. Perubatan
|
RM3,000.00
|
Pengkebumian
|
RM2,000.00
|
Caj Ambulans
|
RM500.00
|
Belanja Rapatriasi
|
RM3,000.00
|
No comments:
Post a Comment